Wednesday, December 30, 2009 0 comments


(Asiah)

Aduh. Aku melihat tanganku yang luka. Sakitnya bagai menghentak pigmen
merah dalam pembuluh darahku. Sedang platlet pula bekerja keras
menutup
lubang yang terbocor dengan bantuan vitamin K.
Namun, baru ku ingat bahawa aku mengalami kekurangan vitamin K.
Setahuku, kekurangan vitamin K akan menyebabkan anemia. Darahku
sudahlah
kurang, bila terluka susah pula hentinya. Oleh itu, bibirku mula
memucat
serta merta.
Duummmmmm!
****************************************
Sayup suasananya. Tidak pasti aku berada di mana sekarang ini. Tapi
sangat ku kenali, tempat ini bernama al-Mustashfa.
Kenapa aku berada disini?
"Sekejap ye, dik. Nanti kamu boleh keluar dari bilik bedah ini."
seorang
doktor lelaki datang membuka bantuan pernafasan di mukaku, kerana aku
sudah membuka mata.

Hospital? Bilik bedah? Untuk apa?
Entahlah. Tidakku pasti kerana tidak lagi ku lihat seseorang yang di
kenali seperti ayah, ibu dan kakak.
Ada seorang perempuan tua, yang aku agak dalam lingkungan lewat 50-an
sedang menunggu di sisiku. Dia kelihatan sedih, /mandom/ saja-kata
bahasa sengkek sekarang. Kenapa dia pula yang nak sedih? Dia tu entah
siapa. Aku tak kenal pun.
Cuma, aku pernah melihat muka jururawat yang berada disisi doktor
tadi.
Siapa?
"Dik, otak di bahagian /medulla oblongata/ adik ada sedikit kerosakan.
Tadi, kami dah buang suspended dalam pembuluh darah. Sekarang dah
stabil." doktor pakar itu memberi penerangan tanpa di minta.

Seingat aku, cikgu Zaharah, guru biologi pernah bercerita tentang
/medulla oblongata./ Katanya, untuk mengawal pernafasan yang tergolong
dalam /involantary action/ untuk manusia. Patutlah tadi keika aku
terjaga rasa sedikit sesak nafasnya.

HA, satu lagi yang aku hairan. Kepalaku terasa ringan. Aku memegang
kepala. Sesuatu yang pelik, TIADA RAMBUT di kepala aku.
Kenapa, apa maksud semua ini? Otakku cuba mencari jawapan. Tetapi,
gagal. Namun,
Dummmmmm!! mataku gelap lagi.

Saturday, September 26, 2009 1 comments

smbung2 (tjuk xdiberi lagi)


(asiah)
Pada petang itu, aku berasa sangsi sekali. Namun, cuba ku pujuk
naluri hatiku yang tiba-tiba berasa resah. Entah kenapa, aku tidak tahu. Shahadan, aku ke perpustakaan bi sur'ah sekali, kerana aku banyak tugas
yang perlu diselesaikan dan hendak melupakan segala-gala yang telah
erjadi. Setibanya di perpustakaan, aku melihat seorang pemuda lampai
sedang
terpacak di hadapanku, sambil melontarkan senyuman kearahku.
Pemuda lampai itu........

(aku)
pemuda lampai itu dgn tenangnya melangkah ke arahku.
Aku tidak tahu mengapa kakiku seperti digam disitu..tidak dapat bergerak..
mungkin kerana terpaku dgn kehenseman lelaki tersebut..
'adik..ada tahik mata' katanya sambil tersenyum smbil tangan kanannya
menunjuk ke arahmata kiriku
merah padam mukaku ketika itu menahan malu yg teramat sangat..
'TIDAAAAAAAAAAAK', jerit hatiku....

[aaminah]
Aku lariiiiii..tercari2 tempat untok menyorok..ah, di sini tidak boleh...[kantin]
aku lariiiii lagi..haish! aku rasa..di sini pun tidak boleh..[bwah tgga]
aku lariiii sampai rasa jantung ini seakan-akan tergolek jatuh dari Mt. Everest!!
Dan..akhirnya...telah kujumpa tempat yang sesuai ontuk menyorok..
Tempat itu kalau tidak silap namanya..."oh tandas > berkualiti, oh hidup berkualiti!!"
aku meluru masuk ke dalam..dan kunci pintu dari dalam
tanpa berlengah aku pun mula mengorek tahi mataku..
Ya Allah..kalau boleh timbang ni..SEKATI !!
Sedang aku asyik mengorek....

(aku)
sedang aku asyik mengorek..tiba2 baru ku tersedar...'AKU TERMASUK TANDAS LELAKI!!!"
bagai jatuh ditimpa tangga, tiba2 ada pula suara garau diluar menjerit sambil mengetuk pintu,
'OIIII..CEPAT SKET OOII..SAPA NEH..LAMA GILA..CAM POMPUAN..CEPAT WEI AKU XTAHAN!!"
Aku terkejut gila2 saat itu..tanpa berfikir pnjg..aku pun menjwb..(dalam versi suara garau)
"KEJAP LA! KO INGAT NI JMBAN BPAK KO KE..KALAU AKU POMPUAN PON
KO NK BWAT PE HAH?!"
lantas aku menutup mulutku sblm lebih bnyak ayat2 merapu yg keluar..
"haaaiiish..asal aku ckap mcm tuu..kalau aku dok diam je kan xpa.." bisik hatiku lagi

(sakinah)
dumm!! kedengaran pintu tandas dihempas dengan kuat..
x lain x bukan lelaki yg x thn nk terberak td la kot masok tandas sebelah..
"aku mesti keluar dari sini cpat, lagi lama aku kat sini lagi byk masalah nnt" bisik hatiku..
perlahan2 aku membuka pintu tandas dgn harapan tiada org diluar..
melihatkan keadaan yg sunyi sepi (selain bunyi mamat kat sebelah tgh maneran berak) aku terus keluar dari tandas itu segera..
bau tandas itu membuatkan kepalaku pening..
aku terus berlari sekuat hati..
lari..lari..lari..tup2..dh sampi ke kelas..
''fuh! mujur cikgu masih belum masok mengajar''
dengan tenang aku terus mendapatkan tempat dudukku..
melihat akan keadaanku, berpeluh2 dan pucat..
kawan disebelahku bertanya.. "kau kenapa?"
aku hanya sekadar menjawab tiada apa2 kerana malu hendak menceritakan akan apa yg sudah berlaku..
hari ini memang hari yang memalukan..
dan semuanya berlaku gara-gara seorg jejaka tampan yg tidak pernah kulihat kelibatnya di sekolah ini..
"siapakah lelaki itu..?''
kubiarkan soalan itu tidak terjawab dibenakku..

(Asiah)

Kemudian, tidak berapa lama selepas itu, Pengetua masuk ke kelas aku.
Dan, semua seisi kelas kehairanan, mengapa cikgu yang ajar Kimia tak
masuk ke kelas mereka hari itu. Kalau sakit, biasanya mereka akan
dimaklumkan terlebih dahulu. Tapi, kali ini benar-benar ganjil.
Peliknya bukan main kepalang lagi. Pakaian pengetua yang sedikit
formal pada hari itu menambahkan lagi keghairahan ku untuk mengetahui
apakah sebenarnya yang terjadi.
"Assalamualaikum...",kata pengetua.
"Waalaikumussalam.", seisi kelas menjawab dengan penuh tertib.
"Saya berharap kamu gembira dan bertenang mendengar berita ini.",
pengetua menyusun kata.
"Pada hari ini kamu akan menerima seorang guru praktikal yang baru
untuk menggantikan tempat cikgu Badri (cikgu Kimia) kamu. Dia juga
merupakan bekas pelajar dari sekolah ini.", kata pengetua penuh
semangat, sambil mempersilakan guru baru itu masuk ke kelas.
Tuk, tuk, tuk, pintu kelas diketuk...
Pengetua meninggalkan kelas sebaik sahaja selesai berbicara. Melihat
wajah guru itu, aku berasa sedikit malu. Entahlah, macam ada trajedi
yang pernah ku alami bersamanya. Tapi, aku..aku..,ah, tak mungkin. Aku
berfikir dimana pernah aku bertemu dengannya. Tak, tak pernah pun.
Hati kecilku sering berkata, 'ada,cuba ingat balik'.Hmm..panjang ku
berfikir. Tiba-tiba, lamunanku terkerat begitu saja apabila ditegur,
"Farah, cepat la bangun kenalkan diri, dah sampai giliran kau." Seisi
kelas memandang kearahku,termasuk guru baru itu yang kacak, pun tak
berapa-merenung tajam anak mataku. Kehairanan aku dibuatnya.
"Mengapa ?", bisik hatiku..

(aku)

'saya rasa..sya pernah nmpak awak..tp dimana ya?' cikgu tersebut brtnya kpadaku.
OH! baruku ingat!! Ckgu ini ialah org yg ...org yang..org yang tegur tahi mataku tadi!! YA ALLAH! Aku nk bwat mcm mana ni..
"mak aaaaii..cikgu..cikgu jgn la ingat siapa sya cikguuu.." bisik hatiku
"pssst..oi..Farah..cepat la bngun perkenalkan diri" kawan sebelahku sudah mula tidak senang duduk kerana saya masih tidak bangun2..
"eerr..nma...nma saya..Farah Aqilah Binti Darmawan..walaupun nma ayah sama..tp sya bukan adik Mas Aji.." kataku dgn nada suara yg terketar2..
Apa lagi..habis satu kelas riuh rendah..semua ketawa bukan main apabila mndengar statement yg aku berikan td..
"hish..depa ni gelak2 pa..btoi la apa yg aku kata tadi.." ngomel hatiku
aku melihat cikgu baru tersebut turut ketawa..terdetik juga dihatiku, "alahai comelnya.."
"ok2..sambung2.." kata cikgu tersebut
"baiklah..saya mmpunyai 4 org adik beradik..saya anak yg sulung. Ayah dan ibu saya 2-2 bekerja sebagai pnsyarah di Universiti Putri Malaya (nma universiti xwujud). Hobi saya membaca komik dan mmbaca buku text. Cita2 masih belum dijumpai. Itu saja la kot.." aku duduk sebaik sahaja habis mmperkenalkan diri. kemudian giliran kawan sebelahku pula yg bngun untuk mmperkenalkan dirinya.

(Asiah)
"Oit", sergah rakanku di sebelah. Lamunanku tiba-tiba tersentak. Baru ku sedar bahawa seisi kelas sudah selesai memperkenalkan diri masing-masing. Pantas benar masa berlalu.

"Masa saya untuk hari ini sudah tamat. Ada apa-apa soalan lagi?",soal guru itu. Jauh di sudut hatiku rasa sangat sayang untuk berpisah dengannya itu.
Guru itu melangkah keluar dari kelas, dan aku tersentak sekali lagi. Aku menelan bungkam. "Mengapa?", bisik hati kecilku yg ingin mencari jawapan.
Tidak dapat ku nafikan bahawa gerangan itu tadi telah mengukir ibtisam yg manis kepadaku, kerana puas ku toleh ke belakang dan ku dapati tiada sesiapa pun. Pasti. Pasti iyanya di tujukan khas buatku.
"Perasan!", muka ku tetiba senyum tersipu-sipu malu.

*****************************
Usai waktu persekolahan, aku pulang ke rumah menaiki bas awam. Seperti biasa, aku menunggu bas di hadapan sekolah.Keseorangan aku pada hari ini kerana rakanku ada urusan lain dan tidak dapat pulang bersama-sama.
PONNNNNN!!!
Bas sudah tiba!
Gembiranya hati. Hari ini hari bas datang awal. Tak perlu tunggu lama-lama. Aku memasukkan beberapa keping duit syiling ke dalam tabung bas, 50 sen agaknya.
"Dik, tambang dah naik. Mulai bulan ini naik 70 sen."
"Oh, ye ke pak cik?"
"Dik tambah lagi 20 sen erk."
"Baik pak cik. Sekejap ak."
Aku berdiri di belakang pemandu sambil membiarkan penumpang lain masuk dahulu. Tanpa berlengah lagi, aku mencari 20 sen dalam poket baju sekolah. 'Ish, berkira betul orang bas awam ni. 20 sen ja pun, bukan 2 ringgit',spontan kata hatiku.
Alamak!!! baru aku ingat, aku benar-benar kehabisan wang kerana baharu saja membeli gula-gula di kantin sebelum ke sini. Bungkamku ditelan berkali-kali. Bajuku basah bak disiram paip bomba yang entah datang dari mana.
Usai penumpang memenuhi bas, pemandu mula berpaling kepadaku yang sejak tadi tersengih-sengih kucing kerana sedar aku tidak membayar tambang lagi. Entah mengapa hari itu, pemamdu bas awam itu sangat garang. Datang bulan agaknya. Eh! mana boleh dia lelaki. Apa-apa je lah.
"TURUN, bas dah nak jalan!!", jerkah pemandu bas itu.
Merah padam muka ku dibuatnya. Semua penumpang mengalih pandangan ke arahku. Tiada siapa pun yang sudi menambah tamabang untukku. Dengan perasaan malu yang menggunung tinggi, aku melangkah semula ke hadapan pintu bas untuk turun. Apakan daya, itu saja yang mampu aku buat.
Belum sempat aku keluar sepenuhnya dari bas itu, tiba-tiba......

(aku)
tiba-tiba aku tersadung payung pakcik tersebut yg ntah macam mna boleh terjulur keluar..apa lagi..'GEDEBUK!' aku terjatuh tertunggeng ke bawah dari atas bas..bunyi macam nangka jatuh daaa..semua di dalam bas yang melihat kejadian tersebut tidak melepaskan peluang untuk ketawa beramai2..

'haduuuuh..apala nasib aku harini...', keluh hatiku. Namun aku kuatkan juga semangatku kerana yakin terhadap rukun iman yg ke-6 iaitu Qada' dan Qadar. Bas tersebut berlalu pergi begitu sahaja..yang tinggal hanyalah asap hitam berkepul2..menyukarkan aku untuk bernafas.

"adik x apa2?", tanya seseorang dihadapanku. Aku tidak dpt melihat wajahnya kerana ketika itu aku masih dlm posisi meniarap. Dengan susah payahnya aku sedaya upaya bangun untuk duduk dan melihat siapakah gerangan empunya suara tersebut.

Aku terkejut tahap gaban apabila mndapati yg ada betul2 dihadapanku adalah cikgu prektikal aku yg baru! a.k.a CIKGU NSEM! a.k.a juga ORG YG TEGO TAIK MATA AKU!

Aku xtahu kenapa lidahku tiba2 menjadi beku..suara ku juga tiba2 hilang..kaki tanganku juga tiba2 kaku..SEMUANYA TIBA2!

"laaa...Farah kaa..ingatkan sapa tadi...kenapa awak meniarap kat sini?? Balek la rumah dlu kalau nk tidur pon.." kata cikgu tersebut sambil ketawa.

Haish cikgu niii..dia ingat aku saja ka nk meniarap tang ni..nasib baik la cikgu ni hensem..haduss..sabo jer..

"saya terjatuh dari bas la cikgu..pakcik bas tu la..tambang naik xbg tahu awal2..kurang 20 sen je pon nak halau org keluar..dah la payung sendiri pon letak tengah jalan..pastu org jatuh bukan nk tolong ke apa..gelak pulak tu..pastu main belah macam tu ja tinggalkan org tertonggeng sorg2 tengah jalan ni.."



Intro

~intro~

Cerita ni dibuat hasil gabungan daripada bbrapa kwn saya..dan akhirnya saya tambah2 mnjdi cerita sya sndiri..apa2 pon..enjoy readng k